Dari timur hingga ke barat
sayap ku bertebar
setiap inci daerah di sana
setiap inci daerah di sini, aku lewati
Tidak ku tinggalkan secebis daerah di utara
Hanya kerana wujudnya satu daerah di selatan
Di sana yang mereka geruni, aku meneroka
Di sini yang mereka idami, aku perhaluskan
Bagaimanakah mereka akan kenali daerah di sini
sedangkan ke sana mereka jauhi?
Aku..
Timur, Barat, Selatan dan Utara
dan yang semesta merangkumi segala arah
dan sekumit zarah
diam di dalamnya
Nun dalam di sebalik noktah yang tiada
dengan kewujudan ini
tiada lagi ada sesuatu yang berbanding kepada ku
tidak juga yang tiada menjadi bandingan kepada ku
Aku...
tiada lagi yang selainnya..