13
AWAL-AWAL AGAMA MENGENAI TUHAN.
HANYA ALLAH MENGENAL ALLAH.
DIALAH YANG AWAL DAN DIALAH YANG AKHIR, DAN YANG ZAHIR DAN YANG BATIN, DAN DIALAH YANG MENGETAHUI AKAN TIAP-TIAP SESUATU.
SESUNGGUHNYA TUHAN ITU DEKAT, LEBIH DEKAT DARI MATA PUTIH DAN MATA HITAM, LEBIH DEKAT DARI URAT LEHER KAMU SENDIRI.
BARANG SIAPA DIA, TELAH MENGENAL DIRI DIA, MAKA SESUNGGUHNYA TELAH MENGENAL AKAN TUHANNYA.
MATILAH KAMU SEBELUM KAMU MATI.
FANA UL FANA. HILANG DIRI, TIMBUL DIRI, BETUL DIRI, KENAL DIRI, DIALAH YANG EMPUNYA DIRI.
SESUNGGUHNYA TELAH AKU JADI MANUSIA DALAM SE ELOK-ELOK KEJADIAN.
DAN TIDAK AKU JADI JIN DAN MANUSIA KECUALI MEREKA ITU BERIBADAT.
TIDAK AKU NYATA PADA SESUATU SEBAGAIMANA TERNYATANYA PADA MANUSIA.
BARANGSIAPA YANG MENUNTUT KEMULIAAN TUHAN DENGAN TIDAK MEMBICARAKAN DIRINYA (YAKNI MENINGGALKAN DIRINYA SENDIRI), MAKA SESUNGGUHNYA SESAT, SESAT YANG SANGAT JAUH.
ENGKAU ADALAH RAHSIAKU DAN AKU ADALAH RAHSIAMU.
TIDAK ADA KELEBIHANNYA ABU BAKAR DENGAN BANYAKNYA SEMBAHYANG DAN DENGAN BANYAKNYA PUASA. TETAPI KELEBIHANNYA IALAH KERANA DIA TELAH MELIHAT RAHSIA PADA DADANYA (YANG ADA PADANYA) DENGAN TETAP.
Anak Rimau
(Penyampaian Tok Manaf)