II
AKU BERMOHON AMPUN PADA KAU YA ALLAH
DARI MENTAKSIRKAN DIRIKU
DAN PADA AMALAN KU
SETIAP NAFAS AKU TURUN NAIK
AKU MEMOHON KEPADAMU YA ALLAH
DARI BARANG YANG MENYAMAI ALLAH
DAN TIAP SESUATU AKAN BERKATA ALLAH
AKU MEMOHON AMPUN PADAMU YA ALLAH
TUHAN YANG MEMBAWA MANUSIA KEPADA KEBAIKAN
DAN AKU MEMOHON AMPUN KEPADAMU YA ALLAH
YANG MANA AKU MEMBAWA DARI SEGALA KESALAHAN DAN KEBURUKAN
KAMULAH YANG MEMBERI PADAKU PERTUNJUK
DAN KAMULAH YANG SEBENAR-BENAR
TIDAK ADA YANG LAIN MEMBERI PERTUNJUK PADAKU
KECUALI DIALAH ALLAH
TOLONGLAH DAKU WAHAI TUHANKU, ALLAH YANG MAHA TINGGI
TIDAK ADA APA YANG ADA DALAM HATIKU KECUALI ALLAH
SIFAT MUHAMMAD DIMULIAI ALLAH
TIDAK ADA TUHAN YANG LAIN MELAINKAN ALLAH
TIDAK ADA TUHAN YANG LAIN MELAINKAN ALLAH
YANG MEMILIKKI KEBENARAN YANG NYATA
MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
MEMOHON JANJI YANG DIAMANAHKAN
TIDAK ADA TUHAN YANG LAIN MELAINKAN ALLAH
YANG MEMBERI PERTOLONGAN
DAN MENAFKAH DARIPADA AZALI LAGI
KELEBIHAN ENGKAU BERZIKIR
MAKA KETAHUILAH BAHAWASANYA
KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH
MAKA MEMADAILAH KAMU MENYERAH DIRI KAMU KEPADA ALLAH
DAN DIA LAH MAHA MENDENGAR LAGI MENGETAHUI
ALLAH MENOLONG KAMU
DAN MEMBERI NIKMAT
DAN BERSERAHLAH DI ATAS ALLAH
TEMPAT KITA SEMUA MENYERAH
ALLAHU ALLAH
ALLAH AMAT LEMBUT
DAN DENGAN HAMBANYA
MEMBERI REZEKI KEPADA MEREKA-MEREKA YANG BERKEHENDAK
DIA MEMPUNYAI KEKUATAN DAN KETEGUHAN
WAHAI TUHAN TEMPAT AKU MENYERAH TIAP-TIAP SESUATU PENYERAHANKU
MAKA HINDARKANLAH DIRIKU DARI SESUATU DENGAN SEBAIK-BAIK KEKUASAAN
BAHAWA ENGKAU DI ATAS SETIAP SESUATU ITU BERKUASA
DAN TIDAK ADA DAYA UPAYA AKU
KECUALI DENGAN MU YA ALLAH
YANG MAHA TINGGI LAGI MAHA BESAR
WAHAI YANG MAHA LEMBUT
LEMBUTKANLAH DENGAN KAMI
PADA HARTA BENDA KAMI
KESELURUHANNYA DAN SENTIASA BERPANJANGAN DAN BERTERUSAN
SEBAGAIMANA KASIH YANG MENYUKAKAN KAMI
PADA UGAMA KAMI
DAN DUNIA KAMI
DAN AKHIRAT KAMI
WAHAI TUHAN YANG MAHA KETINGGIAN DAN MAHA MULIA
YA TUHAN KAMI YANG MAHA LEMBUT
LEMBUTLAH DAKU
SEBAGAIMANA ANAK DI DALAM KANDUNGAN IBU
LEMBUTKANLAH DENGAN KAMI
PADA TUNTUTAN YANG AKU HAJATI
LEMAH LEMBUT YANG NYATA
BAGI KETINGGIAN KAU
DAN KEMULIAAN KAU
WAHAI TUHANKU YANG MAHA MURAH DAN PENYAYANG
DAN PUJI-PUJIAN BAGI ALLAH
TUHAN SEKELIAN ALAM
(Anak Rimau)
Penyampaian Tok Manaf