Thursday, March 25, 2010

Edisi Khas : Model Ekonomi Baru (MEB)

Dinamakan ‘Edisi Khas’ ni bukannya kerana apa. Saya sebenarnya tidak berhajat untuk mencatatkan apa-apa tulisan blog selain dari mencatatkan ‘koleksi’ untuk kegunaan sendiri yang banyaknya menjurus kepada… kata orang ‘spiritual’? dan juga koleksi-koleksi jenaka yang saya terima.

Habis tu kenapa muatkan juga pasal MEB ni?

GATAL !!!!
(image credit : Damian Harvey & Lynne Chapman)

Penyakit gatal ni berjangkit dari Kenn yang mengaitkan Teori Darwin dengan tulisan Din Turtle bersabit dengan MEB ini.

Hmmm… kalau dulu-dululah, memang susah payah, jerih pedih untuk “survive” di bumi perantauan. Datang jauh dari Tanah Besar China, India dll., meninggalkan tanahair untuk menyambung hidup mencari rezeki di bumi asing. Tetapi Alhamdulillah mereka dengan segala kesusahan yang dipikul mendapat simpati dari penduduk tempatan. Dibantu sekadar yang mungkin, malah diterima sebagai ahli warga sendiri. Agak tepatlah perkataan “survive” digunakan dalam keadaan ini.

Hari ini generasi perantau kebanyakanya sudah senang. Dari 10 yang terkaya di negara ini, 9 daripada mereka adalah berketurunan Cina dan 1 berketurunan India. Nampaknya, orang Melayu pula terkial-kial untuk “survive”. Agaknya sebab itulah Kenn tanya, nak survive ke? Nak conquer ?

Macam Din Turtle bayangkan, dah kaya nak kaya lagi. Bukannya nak menolong orang dalam kesusahan, malah nak bersaing juga dengan yang lemah supaya semuanya jadi haknya. Merit la katakan, ya tak? Dah si Ayu tu (dalam cerita Din Turtle) serba serbi tak ada, modal tak ada, duit tak ada, kalau tak mula berniaga, mana nak ada pengalaman? Entah-entah tanah tempat letaknya tapak perniagaan si Lim dulunya tanah keturunan si Ayu yang diberikan oleh nenek moyang Ayu semasa membantu nenek moyang Lim yang merantau dari jauh, tolong nak “survive” di bumi ini.

Itulah perlunya ada suatu dasar ekonomi yang adil. Bukan adil dari segi merit sahaja, “survival of the fittest”. Kenalah ada “ethic” juga dalam persaingan tu.

Dulu orang Melayu pun berniaga runcit. Selepas mula bersaing dengan kaum Cina, nampaknya kedai orang Melayu nampaknya tidak dapat bertahan. Ini yang lebih kurang saya faham dari buku “Malay Dilemma”. Siasat punya siasat, gula sekati kat kedai orang Melayu dijual RM1 (buat contoh ni) dan kedai orang Cina dapat ‘offer’ 95 sen sekati. Kenapa ye ? Merit ke ? Pandai Berniaga ke ? Tup-tup lepas tu keluar undang-undang mewajibkan tanda harga supaya harga semuanya seragam. Peniaga diwajibkan untuk “calibrate” dacing agarnya beratnya satu kati memang satu kati, jangan jarum aja tunjuk satu kati. Itu baru saja gula, barang-barang keperluan lain?

Ada undang-undang pun orang cari juga “loop holes”. Dulu banyak stesen-stesen minyak bersaing, isi petrol penuh setangki dapatlah sabun ke, coke ke macam-macam lagi. Sekarang ini dah kena “stop” dah. Nak beli gula sekati kat kedai “I”? Beli sekati dapat cokelat sebiji, beli dua kati dapat cokelat 3 biji, harga tetap RM1 sekati. Kedai sebelah tak dapat cokelat free! Nak?

Cuba anda pakai kasut si Lim (dalam cerita Din Turtle). Ada si Ayu, si Muthu dan si Ah Seng. Ketiga-ketiganya nak berniaga barang cenderamata kat tepi pantai tu dan semuanya nak dapat bekalan dari anda. Adakah anda akan tengok Ayu binti Melayu, Muthu A/L India dan Seng Ah Cina? Atau anda melihat diri anda seorang bangsa Malaysia, lalu mereka-mereka semua itu pun satu bangsa dengan anda? Susah kerajaan nak gubal undang-undang memaksa anda bagi kredit sama rata, sama panjang tempohnya dan sama nilainya pada ketiga-ketiga sekali apabila hati anda lebih terpaut kepada Seng Ah Cina yang sebangsa dengan anda. Betui? “Level field” ka ni bila hanya Ah Seng dapat kredit dan Ayu serta Muthu kena beli “cash”? (sebagai contoh)

Minta tolong sikit. Saya ada 3 orang awek yang saya berikan kain untuk depa buat sepasang baju kurung. Satu badan besar, satu lagi badan sederhana dan yang ketiga tu badan kecil. Untuk sama rata, saya belikan 4 meter kain, semuanya kain yang sama, harga sama, corak sama, kualiti sama. Yang kecil molek ni tersengih-sengih lebar memperagakan baju kurung yang baru dijahit. Diunjukkan pula sepasang lagi. “Adek jahit dua pasang bang!” katanya. Si Angah pun tersengih apabila memperagakan baju kurungnya, tapi tak lama selepas dia tahu si Adek ada dua pasang. Mana si Along ni? Bedebuk !! segumpal kain singgah ke muka saya kemudian dengan suara marah-marah. “4 meter kain ni nak suruh I jahit baju seksi ke apa?” jerit si Along. Eh! Kan semuanya dapat 4 meter, tak adil dan sama rata lagi ke?

Kita break sat!


Itulah, kalau tak ada “rules of the game” atau “ethic”, sampai bila perisian Microsoft Office tu nak turun harga? Nak turun macamana, market tak ada, tak cukup permintaan? Nak cukup permintaan macamana, dah orang ramai tak beli? Orang ramai nak beli macamana dah harga RM1,000 untuk basic berbanding dengan yang cetak rompak harga RM15 untuk full professional version? Dulu saya nak beli dial-up modem US Robotics, harganya.. mak datuk! Lebih seribu ringgit. Sekarang ni tengok, Belkin wireless modem router pun baru RM100 lebih, life time warranty pulak tu! Bila cukup permintaan dalam pasaran, kos produk dapat cover. Kalau asyik kena tibai dengan lanun, manalah yang ORI tu nak turun kos, nak terus hidup pun payah. Cuba banding harga sebatang pen jikanya dibeli secara pukal? Bandingkan telefon Nokia yang basic, dahulu dan sekarang? Semua tu barang ORI. Kalau berterusan macam ni, sekejap lagi Malaysia jadi macam Amerika la, jarang sekali ada barang capek tidak berkualiti yang dihasillkan oleh lanun-lanun yang tak ada undang-undang dan ethic. Siapa penyanyi lagu tu? Datuk Siti Nurhaliza kan? Siapa taukeh cetak rompak album Siti tu? Hmmmm…. Kesian Datuk Siti ! Nak compete dengan Negara China? Kalau tak ada atau tak ambil pusing pasai “rules of the game”, jangan haraplah. Itu pasai Amerika bikin anti-dumping act kut? (Eh! susu bayi pun mereka tibai sebab nak untung punya pasai, sampai ada bayi yang mati. Yang buat tu dah kena gantung mati ke?) Jenguk kat blog Odscene tu, macam-macam lanun ada. Minyak pelincir pun nak ditipunya. Bila kita kata Tuhan No. 1 adalah Duit, kena tuduh menyebar ajaran sesat pulak! Macamana nak bersaing kalau tak ada undang-undang? ada pun boleh di "kau tim" kan? Tak ada ethic!

Okla.. buat macamana pun model ekonomi tu, masih juga lagi orang akan cari loop holes. Orang kata DEB tu okay, cuma implementasinya dah menyimpang serong. Pergi undi kat sini. Kenapa tak di teliti implementasi sesuatu dasar tu? Kenapa perlu dasar itu diubah kalau dah okay? Kita orang pun geram juga dengan orang-orang yang dilabelkan sebagai “UMNOputera” tu yang ambil kesempatan atas DEB untuk memperkayakan diri sendiri. Dalam geram pada mereka, Datok Sak kena juga consider orang Melayu yang ramai bilangannya macam si Ayu dalam cerita Din Turtle tu. Bagi teguran juga kepada juga Ketua Pemuda UMNO tu supaya giat membela nasib orang Melayu ni, jangan nak asyik berniaga sampai lupa bangsa.

Sebelum sesebuah Negara itu diteliti apa bentuk ekonominya, bukankah kita kena kenal dulu apa nama Negara itu? Apa bangsanya? Apa identitinya? Oh… Negara Malaysia..!! Bangsa Malaysia? Jarang terdengar tu, yang banyak terdengar bangsa Cina, Melayu, India dan macam-macam lagi, kalah rojak. Mereka bercakap bahasa Malaysia ke? Ye ke? Dalam rumah, luar rumah guna bahasa Malaysia 24/7?

Alamak! Panjang pula tulisan ni. Saya bukan gheti sangat pasal ekonomi ni. Tapi berbalik kepada Ayu, Muthu dan Ah Seng tadi bila nak mendapatkan bekalan dari si Lim. Betui ka masalah ekonomi ini berkisar kepada yang kaya dan yang miskin, yang ke depan dan yang terkebelakang, yang pandai berniaga dan yang tak pandai berniaga? Atau ini hanyalah salah satu symptom kepada penyakit yang lebih tenat dari penyakit ketidakseimbangan ekonomi antara kaum?

Penyakit gapo dio pulok? Penyakit ni kut? Dulu dah email kat PM dah masa PM dok promote Bahasa Mandarin kat blog 1-Malaysia dia.

Penyakit orang Cina hanya akan tolong orang cina dan nak bercakap bahasa cina, dan segala serbinya cina macam Dong Zong dan entah apa bala lagi nama persatuan-persatuan tu. Samalah juga dengan orang India, dan juga orang Melayu sekalipun. Bezanya hanyalah, orang Melayu tidak dikenali sebagai berasal dari keturunan pendatang. Jadi Negara ini, sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan adalah berteraskan kepada Melayu. Sebab ini namanya Malaysia, bukan Cinasia ataupun Indiasia. Bahasanya Bahasa Malaysia yang berteraskan Bahasa Melayu, bukan bahasa mandarin ka, tionghua ka, tamil ka, urdu ka dsb.

Saya agak inilah penyakitnya. Penyakit identiti. Identiti rojak. Aku cina, mu India , dia Melayu. Ini semua bukan orang Malaysia. Kenapa payah sangat nak wujudkan sekolah satu aliran? Kenapa kalau ada kempen SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA, pak Menteri sendiri yang menentang? PM pun nampaknya macam tak gemar aje, pi dok pertahankan sekolah vernacular pulak? Tan Sri Muhyiddin janganlah warning saya pula macam PTA kena warning kerana menyentuh dasar pelajaran dengan secara tidak selari dengan dasar yang kerajaan nak. SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA ini jahat sangatkah dalam usaha untuk membina negara? Dong Zong tu mulia sangat ke dengan bermati-matian mempertahankan sekolah vernacular dan segala serba serbinya cina?


Oh ya.. Dato Seri Zambry, bila pula nak adakan kelas Bahasa Tamil kat Perak tu? Lepas ni sambung pula dengan bahasa Urdu, Benggali, Kelate pula Datok! Eerrrr… Dato dah pasti ke semua adun-adun kat Perak tu dah memang fasih benar dengan Bahasa Kebangsaan? Mereka guna bahasa Kebangsaan dalam dan luar rumah? Mereka daulatkan bahasa kebangsaan? Jangan lupa, Dato Seri dan geng kena jadi pakar rakyat, bukan pakar bahasa. Kesian professor-professor bahasa kat U tu kena kongsi periuk nasi pulak.

Selagi aku Cina, mu India, dia Melayu, selagi tu DEB ka, MEB ka, entah apa lagi akan susah mencapai matlamatnya. Cina bukan lagi nak “survive” tapi nampak macam lebih kepada “conquest”. Atas dasar “merit” songsang, peduli apa Melayu atau India yang tinggal nyawa-nyawa ikan dalam bidang ekonomi. Siapa cepat, dia dapat. Nasib la kalau kau orang patah kaki tak leh berlari. Ada DEB pun, kerusi roda disebat oleh mereka-mereka yang sememangnya boleh berlari, pi mampus la kau yang patah kaki tu. Ini zaman liberalisasi dan merit. Sebat mana yang dapat dan cepat sebelum orang lain dapat. Tiada lagi pendatang yang nak ditolong diberikan tanah supaya dapat bina kehidupan baru di bumi asing. Si Ayu lepas ni akan mati lemah jantung tak dapat masuk IJN sebab Ayu tak ada duit, Lim pun tak nak bekalkan barangan sebab Ayu tak pandai berniaga. Betui ?

“SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA”
Related Posts with Thumbnails