Thursday, April 01, 2010

Kekasih

(سورة الحديد   Al-Hadid, Surah 57, Ayat 3)
Dia Yang Pertama dan Yang Akhir, Yang Lahir dan Yang Batin; Dia mengetahui segala sesuatu.

(سورة الحديد   Al-Hadid, Chapter #57, Verse #3)
He is the First and the Last, the Evident and the Immanent: and He has full knowledge of all things.


Jamal Abdillah
Kekasih
Awal Dan Akhir

Malam menanti siang
Siang menanti malam
Bagai berkurun lamanya
Masa memisahkan kita
Hingga ku terlupa
Pada paras rupa

Malam mencari mimpi
Siang mencari erti
Tersingkap seribu makna
Terucap seribu kata
Terkupaslah... rahsia

Sekian lama berpisah
Akhirnya bertemu
Mengenang dosa
Mengenang rindu
Dan ternyatalah
Cintaku yang satu...

Kau kekasih awal dan akhir
Kau kekasih batin dan zahir
Setelah ku sedari
Cintamu yang abadi

Takku harap takku peduli
Walau bulan jatuh kebumi
Dan hadir bidadari
Tak kumimpikan lagi

Kerana kau lebih mengerti 

Kerana kau lebih ku kasihi


The seeking is from You, as well as the benefit.
Who are we,
You are the First, You are the Last !
(Jalaluddin Rumi)
Related Posts with Thumbnails